Wednesday, December 21, 2011

lampu

hallo thursday;

Mlm tadi boley plak tido dalam terang. Salah satu aktiviti kegemaran aku sebelum tido is bace novel or ape2 magazine la.. Dah agak lama jugak aku tak melakukan aktiviti ini sbb aku dh terlupe mna aku letak lampu tido side katil ku mase pindah baru nih.

kalo di ikutkan bilik ku dulu ade 3 lampu. satu lampu diats syiling, satu di meja belajar yang skang aku dh letak mesin jait ku, hehee... and lampu side tepi katil ku... So esok-esok tepaksa la menguis nguis stor cri balik lampu tidurku sbb mud reading dah kembali. Kalo tidak akan jadi kes malam tadi, tido dalam keadaan terang sebab kemalasan nak bangun tutop lampu. hehee....

kat mana la agaknya die sembunyikkkkk!!! hurmmmm.....

Monday, December 12, 2011

Mine no. 3..

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Sunday, December 11, 2011

Heels...

Mud beautifulnara...

Ok, mud aku berselipar jepun mcm dah jemu bertandang. Mud telah kembali bertonggek2 menyusun langkah bajet hots dh kembali. kahh!!!

Tak tau nape semnjak dua menjak mud nak menjaga penampilan dah kembali siket, Baru siket and baru nak mula... Aku rase dah sethn aku pegi memana pun pkai selipar.. kihkih... Sampai pegi keja pun aku pedulik hape aku pkai selipar jek... haha.... Setahun setengah gak la heels and wedges aku peruk dlm rak kasut or kotak.

Bile mud aku nak berfeeling tinggi nih kembali, smua heel2 aku dah nazak hokey. Rupa memang sangat cantek lagi tetapi try jalan satu mall, xyah satu mall satu Giant dh cukup.. tapak tanggal la pulak, bahavisss betui... Dah 2 wedges aku rapuh mintak msuk tong sampah..

Satu tetanggal masa pegi wedding, tengah jalan sopan santun tali die leh tetanggal.. lahabau betui. Kebetulan aku smpi saing2 rombongan pemantin laki time tu gak die wat hal, xke bahaviss... dh la time tu wedges aku wana kuning menyala... kihkih... pulak naik keta member, kaki plak x sma size.. Memang aku pkai selipar die yg bsar siket.. pehhh... Mmg saje kann bagi mud aku down..

Nih malam td, aku pegi cari adiah kekwn kawen. Poi Giant damansara sana... Amboii konon cun la tu pakai wedges putih, ngam2 aku nak byar aku dh rasa x best plak langkah kaki ku.. demmm tapak nak tetanggal plak... Naseb baik ok, naseb baik sempat sampai ke kereta.. kalo tidak kaki hayam la aku.. miahahaha... dan bernaseb baik naik keta aku n ade heel spare wana orange di dlm kereta tu pun sbb last 2 weeks pkai heel tu. kalo x aku rase mlm td aku lepak starbuck pkai sportshoes.. kakakakaka....

Pehh... adakah dengan ini aku kena buang smua2 heels and wedges aku dan beli yang baru??? apakah??? dh sethn stgh gak aku puasa beli bnda alah ni smua.. last raya ritu je la beli satu heels... Aku x confident dh nak pakai2 heel heel yg sedia ade nih.. Nmpk maseh cantek dan kukuh di luaran tetapi dh lumpuh sbb peruk lelama sgtt.. heyyyy.. dh la byk sgt event pahni kena santek2... cm ne cm ne???? haaaih kembali hobi lama balik soping heels, owwhh man... membazir ke dok ekkk....

tp aku ade berkenan satu kasut ni tapiiii x jumpe pun... kena la rajen2 window2 pahni.... huhuu...



Ombak Rindu

Salam redha itu ikhlas, pasrah itu meyerah ualls,

Tak payah citer byk, komen aku pasal citer nih adalah.....

1. Lagu mantop... lirik2 die sangat menyentuh hatiku dan air mata ku...

2. Jalan citer hokey, tak de meleweh2...

3. Pelakon-pelakonnya hebat kecuali Lisa Suriani... Lisa xckup mantop melakonkan watak tu, die tidak cukup hots pada aku. Please la weiii aku xnmpk best mna kat Lisa tu, badan sekeping xde shape, cakap pelat, harap muke jek agak cun tapi xckup pakej sgt utk pegang watak tu. Huuhu... Cube bagi Fazura aku, nahhh... confrm tiptop... Maya Karin xde masalah bg aku, lakonan die menjadi gak la pada aku... Xsemestinya pempuan kampung muke xde yang panasia ye dokk???

4. Lokasi lakonan tu wuuu sungguh cantek n romantis.

Kesimpulannya not bad.. Leh masuk list antara Citer2 melayu yang agak best... Tapi KL gangster tetap Juara..

Sekian, terima kasey...

Monday, November 28, 2011

Kita nampak.. Tak bermakna kita tahu segala²nya.



Sekadar renungan bersama. Untuk diri sendiri jugak... Terlalu banyak benda dalam dunia ini yang kita nampak tapi tidak bermakna kite tau segala-galanya. Bila bace petikan di bawah ni buat aku sedar betapa di sebalik keburukkan orang yang kita nampak dari luaran itu, sebenarnya kite tidak nampak di sebalik kebaikannya dan disebalik kesengsaraanya.

Semoga tuhan sentiasa membersihkan hati kite dari semua perasaan yang tak baik... Amin...



Ada sorang perempuan.. Umur 15 tahun.. Bawa anaknya yang umur setahun jalan di pasaraya.. Orang kata dia tue perempuan hina.. Tak suci.. Tak malu.. Tapi takda orang taw.. Dia dirogol masa dia umur 13 tahun.. Ada sorang lelaki.. Dia sangat-sangat gemuk.. Orang kata dia tu tak tahu nak jaga diri.. Tapi takda orang tahu.. Dia ada penyakit.. Makan tak makan.. Tiap-tiap hari berat badan naik.. Ada sorang orang tua.. Mata dia buta.. Telinganya takda.. Orang kata dia tu hodoh.. Sangat-sangat hodoh.. Tapi takda orang tahu.. Dia tu askar.. Hilang mata dan telinga waktu mempertahankan negaranya.. Banyak benda dalam dunia ni.. Kita nampak.. Tak bermakna kita tahu segala²nya.



Wednesday, November 2, 2011

Xplorasi Inovasi

** post ni aku peram lama gile. ahahahaha... ampun kekwn....


hey hallo...

Penat.. penat la lately macam terover aktif. cetttt.... Skang tgh bz kawad kaki plak wakil MOF. ngeee... saje wat semak. ngehhh!!!

Ok ni sy nak cter pasal treasure hunt ari tu yang saya juin tuu.... walaupun kalah nak cter gak... heee.... Tp nak bagitau ni, treasure hunt ni langsung x mencabar ketangkasan aku. hehehehe.. langsung tidak seprti di bayang kang.... Korang xcaye mehhh bace...

Ikut tentatif kena kumpul kul 7.30pg, so aku cam bese g keja la msuk 7.30 pagi kan... Sampi opis dalam kul 7.25pg. Parking jap tampal sticker... Gugu xbasuh. hehehe... musim ujan kan aku xjmpe car wash bkak mlm td tu slamber jek laaa.. heeeee........
Lepas tampal g lapor diri n bekfas jap. Wahh betul2 mewah mkn. Nih bwh ni bekfas aku, time lapor diri dpt beg tu ngan mknan dlm polistrin tu. Bekal la konon utk mknan dlm keta. Celah mana la nak mkn kan tgh tekejar2 tu. last2 ke tong sampah lokasi diorg, masyallah....

Okey settle mkn smua tnggu masa nak dilepas kan oleh Dato' kite merasmikan hari inovasi dan melepaskan kitorg. Ni pic sebelom bermula, banyak lagi tapi xkan nak letak smua muntah darah kang korang tgk. ngeh... Ni ahli group aku... heee...



1) 1st clue dpt kena pegi MOF ROOF TOP. Setiap kali check point akan ade kuiz uji minda yang kena buat dlm masa 5 minit. Time nih kena wat kiub ni sama warna smua dlm masa 5 minit. Group aku ley wat satu warna jek n diorg xnak cube samakan smua warna. aku nak jugak cube tp diorg smua kata xpyah nak kejar masa. huhuu hampa di c2 kami dpt 2 point jek drpd 12. Owh masa dpt 1st check point ni dapat gak 40 soalan utk dijwb semasa tempoh permainan. Tu yang A4 paper tu. and soalan die smua mmg kena google okey xde nya bley guna pala hotak...


2) 2nd kena pegi TUGU LAMAN DUTA. Time ni aku dh risau dh ape uji minda diorg kali ni. Jauh gak nak berlari ke tempt diorg tnggu ni. Sat g nak smpi dr jauh aku dh nmpk ketupat. Damnnn kena anyam 4 ketupat dlm mase 5 minit tue.. Mmg group aku smua tgn kayu. sekor pun xpndai anyam ketupat. ahaha... Urusetia kata nmpk bentuk pun xpe, bentuk pun xde rupe woii dh la guna reben bebelit2 susah tu... Ok zero kat c2 la... Aku pelik tul ape kena mengena inovasi dgn anyam ketupat ni woiii.... Ok abaikan rambut gua yg mcm hantu tu. hahahha....


3) 3rd kena pegi TAMAN RIMBA ALAM plak. Hahhh ni paling snang. Celup span dlm air pastu perah dlm botol. Group aku wat skjap jek, group len dh sampai dlu tp kitorg pnohkan air sesama. Terar tu... ehehehe....


4) Check point ke 4 kena pegi ENGLISH BUSTAN. Hahh yg ni susah bai... kena terapungkan 10 klip kertas ats air dlm mngkuk kocek di bwh tu... . Damnnn mmg susah, mule2 aku rase mustahil kowt klip kertas leh terapung.... Dh nak last minute ke 5 bru dpt skill die. Kitorg dpt apungkan 3 klip jek....


5) Yang ke lima kitorg kena pegi PUSAT MARITIM PUTRAJAYA. Uji minda kali ni xdpt nak amik gamba sbb skjap jek kitorg leh buat. Uji kajinya kena wat teka gaya Clue yg kite pilih dlm botol. Group kitorg kena wat gaya singa laut. hahaha lawak time nih... Korang byangkan cm ne nk buat gaya singa laut tanpa mengeluarkan sore. hehe rugi plak rase xamik picta...


6) Yahuuu akhirnya last check point kena pegi MANARA PANDANG JAUH. Uji minda kali ni kena kire berapa anak tngga menara nih... Uikk kami kire ade 84 anak tangga. tapi xtau la btul ke tidak jwpan kami tu.... haaa tu pic atas menara muke kepenatan kire tangga. hehehe....



Ni dah smpi MOF, settle kan 40 soalan yang diorg bagi mase memula start game. Google owhh google.....

Sangat xmencabar ye dokk. Aku pikirin setiap clue die kite kena cari bagai nak mati ke.. ini tidak dari jauh kami dh nmpk ade org tunggu utk bagi uji minda dan check point seterusnya. hehee kelakau.. Pulak tu uji minda die pada aku ntah ape2. xde kena mengena ngan Inovasi langsung. Die punya check point siap bagitau lg presint bape so xde istilah sesat kat c2. huhuuu... Owh yang 40 soalan tu kitorg buat dlm keta gak. Cri jwapan by phone. hehehe call and sms kwn, bf, isteri utk google jwpan.


Pengajaran kat cni sbnarnya setiap uji minda tu ptutnya kena wat btul2, selagi ade mase kite cube je la ye dokk??? kalo ikutkan game ni die x ikut sape smpi dlu tp sape dpt complete kan smua dgn btul n dalam masa yg ditetapkan jek. Tapi xpe la tahun depan kami nak try msuk lagi sekali.

Itu jela sesungguhnya feel nak citer bndalah ni dah lari sebab lama sgt aku peram.. hehehe...

Sunday, October 23, 2011

Gugu

Halo monday...

Rase syiok jugak rupenya bile bangun awal ni kan.... Smua bnda wat dengan penoh slow motion. Semua benda leh buat dengan hati2.. cehh... Selalu haku set jam ngam2 untuk sampai opis-ngam2 aku bersiapsiap-Ngam2 panas enjin keta. Kalo bangun awal syiok jek sapu losyen lembut2 pnoh feel tetapi selalu aku sapu losyen ala kadar jek asal pakai, kalo lambat sangat losyen tak pakai bedak pun tak pakai.. Apatah lagi nak suwuh aku bermakeup. Memang x la... Betapa selekehnya manusia ini. Kahh!! Memang pada aku setiap saat amat berharga kalo berlengah2. Berlengah2 untuk bangun tido tidak ape tetapi belengah2 untuk bersiap tidak boleh sebab timing ngam2 oii.. kakakaka... buduss betul...

Ok bukan itu aku nak citer sebenarnya. Aku nak cter pasal GUGU. Die cedera tapi tuan die tak perasan pun, sian nya die...... Baru semalam aku perasan.... Maklumla tuan die tak de mase nak membelai gugu ni.. Yang die tau drive pegi keja balik keja. Nak pegi car wash memang tunggu ade org suwuh baru pegi. kikikikiki....

Ni pic gugu kemek.. xtau sebab ape. Macam kena batu pun ade. Apekebabi la sape baling batu tu. Mesti diorang baling dari atas tuh. Naseb la tak kena cermin kalo kena cermin tak pasal tu. Mesti kena masa parking kat umh mana lagi keta aku nak parking selain umah yang susah nak dapat parking tu..
Betapa tuan die x amik perhatian kat die boleh tak perasan kemek tu yang ntah bile kena. Dah berkarat pun yang terkopek tu. Lahanjing sape yang buat tu.

Dah la gugu nak beraksi hebat sabtu ni kat Xplorasi Inovasi MOF kat Putrajaya. Macam treasure hunt tu... Ni pic gugu mase tengah semart ;)
Semoga Gugu akan beraksi dengan hebatnya untuk kami pada sabtu ni. Semoga kami menang nanti.. Insyallah.. yuhuuu... amin2.. doakan kami u alls..

Ni poster Xplorasi Inovasi tu. Ti insyallah aku citer
macam mana pejalanan gugu n kami mengharunginya.....





Pagi tadi mud aku memang ok sangat pegi keja, Sampai opis denga cter seram lepas tu boleh plak tempat scanning nih pc die lembab nak mampos... Mengucap banyak aku nak buat kije.

Kena plak ade yang nak semak2 tengah aku tak de mud dah ni.... Penat aku wat muke tahek, tak paham gak.

ok dah, spoil mud di pagi monday... Memang potong tul..

Wednesday, October 12, 2011

Ragbi

Hey2 semua,

Tetiba plak aku wat tajuk ragbi ni dah kenapa??? hehee.... dah terkenan abg2 taff ape.. erkkk.... haha.... .

Tak de laa, aku saje terpanggil nak kaji permainan ni, Aku tau dah lama dah sukan ni since sekola lagi duk beria kamate-kamate nyanyi pasukan sorak tapi aku tak paham undang-undang dan cara permainan diorang. Yang aku nampak diorg lari laju-laju pelok bola ketat-ketat tak bagi orang lain amik sampai ujung garisan twus letak bola cepat-cepat. motif kann???? Sayang gile die kat bola bujur tu. hahaahha.... Pahtu time sipak bola kat goal tu, die nak kena kat tiang ke, lepas tiang ke bawak tiang ke.... gua tak paham la der....

Selama ni aku dok tengok bodo jerk... So ari ni aku free aku search internet. haha.. memang ko tak de keja kan weda??? a'a so wat??? suka hati aku... Lepas ni baru paham kalo tengok ragbi ni idok sebok cuci mata tengok abang2 taf maen jek, kalah menang tak paham... iskk tak molek cam tu kannn.. ngeh!!!

Pastu aku jumpe nihh.. jom bace sesma sape yang tak tau gak tu... hehehe.... *senyum*

Untuk bermain ragbi, setiap pasukan perlu mempunyai seramai 15 orang pemain. Tetapi untuk masa sekarang, permainan ragbi 7 dan 10 sebelah semakin meningkat popular. Terdapat dua kumpulan pemain. Kumpulan pertama dipanggil "forwards" yang terdiri daripada lapan pemain. Kumpulan kedua pula dipanggil "queus" yang terdiri daripada tujuh orang pemain.

Pasukan ragbi mempunyai seramai 15 orang pemain. Pemain akan mencuba mendapatkan bola bentuk bujur dan cuba melepasi garisan gol lawan yang dipanggil "the try-line". Jika anda berjaya membawa bola melepasi garisan gol lawan dan menyentuh bola ditanah, anda berjaya mencuba dan memungut 5 mata. Selepas pasukan berjaya mencuba, anda diberi pula "conversion". Seorang pemain yang diberi gelaran "fly half" adalah mahir menendang dalam pasukan itu dan akan menendang bola dan melepasi palang gol.

Ok nampak tak kat situ??? Diorang kena bawak bola tu melepasi gol lawan pastu laju-laju touch bola kat garisan lawan tuh.. dapat la markah kat situ. Huhh gila senang.. hahahaha.... Tapi tengok diorang main gila ganas ye dokk, boleh mati patah riuk kena hempap. haha.. Sebab tu kite tengok orang-orang yang main semua badan dijamin hebat kalo tak usah la wehh... kalo aku ade anak nanti pikir 10 kali nak bagi die men bendalah ni. hehe ke situ pulakk... kahhh!!

Pahtu yang sipak bola tu ghupenya kena lepas palang gol. korang penah nampak tak tiang gol dia memang burokk jap aku cari... Hahh nih dio...

Kena lepas palang yang tengah tu kowt. Kalo football kan kena sipak masuk gol ni kena lepas palang gol. Tiang dua telebey tu mayb senang nak nampak bola tu melepasi palang and tak lebeh dari kawasan gol. Gitu gamak nya hoiii... Before ni aku pikir kena sipak lagi tinggi, lagi tinggi markah nya. hehee....

Keganasan permainan ragbi :-


Gile ar... Bile tengok gamba-gamba ni aku dapat tau seorang pemain ragbi ni adalah seorang penyelamat yang sangat bagus untuk didampingi. ahah!! Confrm korang akan rasa selamat gile sebab ko tengok la dia punye la jaga bola bujur tu macam jaga hape okeh... Sanggup bermatian sehingga ke garisan.. uiskkk dasyatt!!! So cam tu jugak la die akan jaga orang yang dia sayang. phewww!!!

Yeahh dah tau so tnggu pe lagi jommm tengok ragbi... hehe.. *tawa enjut2 bahu* kahhh!!!

Tuesday, October 11, 2011

Pitbull

Hallo guys....

Pitbull perform live in sunway lagoon.. wohoa!!! confrm tip top... nak pegiiiii............................ pitbull style tu.... owhh jejaka idaman. hikhik... nak u nak u.. ehhh....

Monday, October 10, 2011

Sedey

Jangan baca... Amaran keras!!

  1. Kadang-kadang aku lebih suke orang tak suka aku daripada suka dengan aku. Senang.....
  2. Aku memang mulut jahat tapi bila bab nak tegur dan menyakitkan hati orang aku tak terar.. huhuu... kadang aku tegur tapi aku gelak-gelak but sesungguhnya i really2 mean it la dowh!!
  3. Aku tak suka orang semak selalu melepek keliling aku, sesekali tak pe kalo selalu gua semak ok, tension.. Ape best sgt aku ni agaknya. huhuuu....
  4. Sentap bile kita tak suka sebenarnya tapi orang anggap kita suke. mcm nak nangess dowh!!
  5. Gua penat dah nak buat-buat tak tau, buat-buat busy... Ya allah tabahkan hatiku...
  6. Aku just jadi diri sendiri. so wat??
adios.. please hate me. bye!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ok gua tau, gua emo sebab nak piyed la ni. Wohoaaa!!!

Sunday, October 9, 2011

full-time-fav-songs

hey ualls...

Sy ade blog bawu. kihkih... tapi tapi ni blog khas untuk lagu-lagu kegemaran saya sepanjang zaman. Tujuan sy buat blog ni saya suke nyanyi-nyanyi. haha... Patut orang download kat mp3 or hp kan kan tapi saya suke nyanyi sambil tengok lirik. hehe... Saya suke menghayati lirik. auwwww... best!!! Lagi satu sebab saya memang seorang yang pemalas nak download2 ni, kat handphone saya ni smua lagu-lagu main bontot jekk.. Confrm la sewngal kan lagu2 nya.. kuikui... Tnggu terigat baru swuh handphone men buntut. sian die msti die x suke. kahhhhhh!!!

Lagi satu sebab saya selalu telupa tajuk lagu, so lepas ni jumpa jek lagu best laju2 paste kat blog lagu. suke!!! xde la tetinggal kan... Banyak sangat dah ni nak list kan satu-satu lagu favorite confrm ada yang tetinggal nanti. Sape yang boring-boring nak main nyanyi-nyanyi boley la singgah. Tapi baru siket lagunya banyakkk sangat lagi nak kena masukkan.

nih blognya, klik nih... weda-full-time-fav-songs

ehhh jangan lupe juga singgah di tumblr sy... nih die weda-tumblr

bye bye

Thursday, October 6, 2011

Sambungan Bukit Kutu

Salam sejahtera,

Moh smbung citer sket, duk rapat2 ti tak denga...

Disebabkan kelambatan kami, mereka tnggu kami dkat rnr albina ke apejadah tah nama die. kuikuii... Dah jumpe leh kwn aku nak mintak tapau mkn plak, confrm diorg maki dh la lambat nak tapau mkan plak. tapi aku suke diorg nak singgah beli mkn sbb aku ade misi len. hehee... Naseb diorg ok dlm hati sape tau. ye dokk??

Pastu singgah la kan pekan kuala kubu tu cri makan. Hahh time tu mata aku xreti duk diam, pe lagi misi aku cari kasut getah laa... hahaha... pegi 2 kedai then jumpe daa... yahuuu... bahagia idup. kalo x jumpe aku xtau la ape naseb aku mendaki bukit kutu ni... owhhh hati dh senang nak ke puncak.. ahaks!! kalo tidak mati la haai nak naik pkai sport shoes sbb ade laluan air kan... tu yang payah jahh...

Kami dr putrajaya 8 org. Sampai sna group TUDM dh tnggu. huhuu.. diorg dlm 10 org. Nih pic sebelom bermula.
Pendakian mkn masa 5 jam. Memang mintak nyawa duhh... bukit die jenis A yang mmg steeper all the way, xde landai2 sgt... Memang semputttt. Pegi plak dgn kaki climb memang aku sesak napas la. Naseb diorg mmg cool. Jalan relax2 jek sambil borak2.

Mmg cantek la hutan tu, byk sangat tempat menarik. Aku rase naseb la aku g ngan dak2 ni, kalo aku pegi ngan geng2 senget aku memang 12 jam pun xsmpi sebab behenti utk posing.. kuikuii.. aku nih tahan jak tgk tapi ade gak la xtahan tgk kuarkan gak la hp amik picta. hehehee...

Tapi dalam masa yg sama bile nak smpai ni, guide kitorg tu pun agaknya dah muak jawab soalan kami " jauh lagi ke bang???" hahaha.. setiap kali behnti setiap kali tu tanya. Mmg sangat mencabar kewanitaan aku, haha... tu naseb aku bwk bag kicik okeyyyy kalo aku bwk beg bsar mna mampu aku nak sampai puncak. hahaha.... tu pun aku dah rasa apekehaii beg ni mcm berat semcm jak, padahl baju. baju aku okey bukan khemah, bkan mknan, bkan ape2 pun. hehehe.... Sian kekwn yg len, bwk khemah, bwh sleeping beg, bwk dapur, bwk mkanan, bwk mcm2. huhuu... owhh syg smua. hahaha...





Ni smua pic otw ke puncak. aku xtau la dah bape puloh kali lah behenti kan... pic banyak sangat sebenarnya tapi aku malas nak upload kat cni.. heh!! tpi siyus cantek... Yang pic last paling lama kitorg lepak. Batu die besarr gile. Sangat kagum dengan kebesaran allah... Rehat kat cni setgh jam cam tu.

Pastu teruskan la perjalanan smpi ke puncak. rase lega gile babess bile smpi... Naseb xramai org. Ade satu khemah jek yg dah ade. Mase otw tu mmg aman jak, cantek jek TAPI smpi kawasan perkhemahan die xsesuai dengan kepenatan aku nih... semaks samun and and punca air die hanya telaga kecik jekk... Tapi tu yang best sebenarnya kann?? baru rase camping.. auww... Memang bestt terasa zaman dolu2 nak mndi. Air die sewjukkkkk oiii... Mndi kat semak. kihkih...

Sampai jek, rehat2.. ehh JAP aku org ke 3 smpi okey bkan yang belakang skali.. kuikui.. terar x??? pastu rehat2 sambil tunggu smua sampai. Geng2 tudm ni even diorg blkang skali relax jak muke, kitorg muke separuh mati hokey. Diorg sampai2 jak twus bina khemah smua, Aku n gegurl len duk ngangkang tgk diorg. Tau2 dah siap. hehehe... bestnya cm ni slalu la aku g camping. yehaaa!!!! ok jap ltak sket pic... nahhh!!!



ni la kawasan perkhemahan kami, semak sikit jekk...Yang lagi satu ni pic time nak memasak pulak.. woww seronok dan beronok2 men masak2 mcm men pondok2. hehee... Plan lps mandi nak nek puncak tapi smua dh kebulur tepaksa yg pmpuan2 ni memasak kan... Mencabar jugak nak masak sebab ramai kan, bekas nak masak smua somel2 berulang2 la msak. Smpi hari gelap baru makan beramai2.. owhh best.. walaupun smua x kenal tapi smua best jak.. huhuu...

Ni pic telaga kiciknya n paling bersejarah pada aku kat c2. susah nak jumpe tu.... Kat area cni la aku n gegurl len mndi kemban... hahaa... Dalam oww kalo jatuh, g mati jak xde sape nak selamatkan.. Pic ni amik last skali masa dh siap2 nak balik pun, ni pun nasebb sbb masing2 hp abes btery, kamera pun abes btery.


Lepastu bekfas twus nek puncak memndangkan petang smlm kami x naik. Puncak die atas sikit jek dari kawasan perkhemahan kami. Gile ok puncak die sebijik batu kecik yang keliling die adalah gaung. Kau jatuh sila matii, confrm xde budi bicara dh. Batu die xleh nek ramai2. Sangat bahaya. Sape yang gayatt memang xberani lelama kat c2.

Dah puas kami berphotogediks twun la berkemas2. Nyesal xnaik petang sebab pagi tu agak berkabus so gmba tak berapa nak santek... Aku kemas2 baju aku jak.. Yang len laki2 ade. hehehe... best tul ade lelaki di sisi ni. bahahaha....



Yihaaa... ni laa saya di puncak. Malaysia boleh okey... kahhhhh!!! muke bangun tdo, basuh muke jak... heeeehe... ni la batunya keliling die gaung. fuhh seramm...

Apa pun terima kaseh kepada my 2 bodyguard. sy syg awok dua sbb bwk kan smua keperluan sy. kahhhh... len kali kite hiking lain gunung pulok... Kenangan terindah SEP'11.




Tuesday, October 4, 2011

Bukit Kutu ku tawan 25/09/2011

hallo hallo...

view from the peak
24/09/2011 - 25/09/2011
Mountain: Bukit Kutu
Height: 1100m/3600ft
Location: Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Dah lama rase peram citer ni, meh bace peristiwa aku ber camping. Fuhhh sangat selonok tau tau. WALAUPUN mintak nyawa la nak sampi puncak.
Ni dah standard gunung baii... nak tecabut kaki gua mendaki bukit nih. Dah 2 bulan badan aku tak mengeluarkan peloh tetiba nak g hiking memang berani mati ye dokk... 2 bulan makan-tido-makan-berak tetiba urat aku tekejut nak beraksi hebat... kuikui...

Setengah mati gak aku pikir nak join ke idok time ni. Gile dugaan byk time nih. Nak kena pilih makan free sambil bermesra (open house) atau bersusah payah mendaki sambil bermesra. hahaa... Memang at first aku pilih makan sambil bermesra tapi dalam masa yang sama baring atas katil tangan atas pala memikirkan JANJI. Aku dah janji pulokkk ari 2 nak juin.

Sebab aku mlas nak juin sebabnya aku tak kenal sapo-sapo lelaki yang juin. Yang aku kenal gegurl2 jek. Tu pun dua orang jak. And and aku xde kelengkapan yang cukup untuk bercamping duh... Sok pagi nak pegi ni tapi aku x decide2 lagi. Tiba-tiba tengah cari alasan bernas tak nak join msg masuk dlm hp ku iaitu kawan sepermainan aku tanya

kwn : jadi ke camping??
aku : ehh mna u tau?? xtau lagi.. tgh pikir niee.. (aku lupes pnah citer kat die nak pegi camping nih)
kwn : Nak ikuttt...
aku : siyus????? jommm.. tapi i xde sleeping bag, kasut getah n semua semua
kwn : tu smua bisa di uruss....
aku : yayyyy... ok set. mlm sket kite jmpe.

Kul 8 die call ckp kat kdai cina area umh die. Cakap ade jumpe kasut yang aku nak tu.. Siap video call lagi nak beli kasut getah je hokey. Yang berharge RM8. ko ade??? hahaa mcm nak belikan kasut jimmy choo pulak. Hendon kat c2 pun senyum2 tgk kwn haku tu gile ape nak beli kasut getah je kowt tanya bagai nak rak, ok ke yang ni?? Macam ni ke?? size ape?? wahahaha.... lawaks.

Malam sket kami jumpa sebab nak discuss sket2 and nak p hamek sleeping bag kat bakal abg ipor die. And ahli tambahan lagi die bawak kawan sowang sebab die takut keras nanti tak de geng. So aku sangat happy sebab ade 2 bodyguard tukang bwk keperluan2 aku. hehehee... Sudahnya aku try la kasut yang die beli tadi, BESAR okeyyyy... padahal tu size paling kecik. dasar kaki somel. ngehh!!! Spoil mud okey memang takde dah nak cari malam2 mcm ni. Jalan gak g downtown tapi mana ade, kasut crocs byk laa... So redha pkai je la sport shoes... balik smpi umh dah kul 1 lebey twus tido kemas sok je la.. pnye la last minute pnye org kan....

Panjang plak mukadimah aku, kuikuiii... Plan kumpul MOF kul 7. Set alarm kul 5.30 tapi aku bngun kul 6. hahaha... Kelam klibut aku dh la x kemas lg. Ape lagi 3 in 1 la aku jd nya. kemas bag+mandi+wat bekfas.

Bangun jek tdo twus call kekwn.. acehhh cover sore bahek pnye okey. " haa ngah siap la ni" 6.45 aku dh siap smua.. terar x??? si kwn x call lagi menandakan dh otw ke ape. Ada yang tak kena di c2. Call lagi tak angkat, call sowang lagi ayat die " otw otw" tapi suasana amat tenteram okey. Aku xkan tertipu kali ni, "penipu, bunyi radio mana" cantoii kat umh lagi.. haha sewngal....

Yang kwn MOf aku dah melalak mana mana. Last2 swuh jalan dlu jmpe kat rnr apekajadah tah. Kul 8 gak bru nak pickup aku. Saje mintak maki. hehe tapi aku bahek siap senyum sambil hulur dimsum for bekfas utk mika sebabnya beg aku bwk beg skola diorg bwk beg camping. kahkahkah... Beg aku isi baju2 aku sahaja. Beg diorg bwk sleeping beg aku, khemah aku, mkanan n sebgnya. wahoaa!!! luv u babeh.

ehhh sambung next post lahh... hehehe... mcm terpanjang sangat aku melalut nih.. kahkahkah...next aku smbung citer dugaan dan rintangan mendaki die hokey.. hadoiii...

tapi best n kenangan terindah. ciwahhhh!!!



Monday, October 3, 2011

Penyakit datang balik~~

hallo;

Penyakit aku masuk keja lambat datang balik. Duhhh!!!

Memang la haaiii.... silakak. ni sebab ade panganggu tidur malam aku la kowt tu yang aku sangka alarm pun mcm bunyi sms masuk.. tu aku tkan ignore jek.. bahahaha...

Td pagi syiok jak tersadar pukul 7.30 der. aku msuk opis 7.30 tak ke silakak tu. Memamg mcm lipas kudong aku siap-siap. Ya rabbi... Ya tuhan...

Dengan ini saya dah mengaku, saya tak bole tido lambat...

Sekian,

Thursday, September 29, 2011

Sepi

hallo semua;

Makk aihh sepi ku rasa blog ni, lama gile tak update. Banyak sangat citer nya sampai tak tau dah nak citer yang mana dulu, Bile dah lama-lama peram ni jadi tak best plak nak citer.

Tnggu mud mari. Die memang cam nie tibe mase die type memang tak cukup ruang la plak. Lepas tu bkan satu post je die nak post. Banyak-banyak sebab memang tamak orang nya tak penah nak puas and cukup. Masyallah...

ehhh ok bile dh start merepek ni, mud dah nak mari la tu. Sok mesti ade satu post baru la tu.. hehe... sabar la... jangan la paksa (perasan muke haku) bahahahaha....

ok ok sambung sok, post sok confrm korang bace sambil senyum menyampah tgk aku sebab somel senantiasa. kakaakakaka....

tata~~~

Thursday, September 8, 2011

Gelagat kesayangan saya

Heyy ladies ;) selamat hari raya.. selagi xabes bulan syawal manjang wish raya. nyampah!!!

Post kali ni byk sangat picta!! snang mlas nak type panjang-panjang.

Ok picta pertama... Nahhh ni pic saya berambut pendek, macam tenuk kan?? haha... Tapi saya redha... kuikui, Aku buat kat Kluang coz xde mase nak wat kat KL. Smpi jek Kluang twus singgah Saloon yang bese dikunjungi. Pasti dan yakin, aku ckp potong pendek n rambut depan tunjuk gmba kat magazine. Nih hasilnya, rase blom pendek sangat tapi mase tu xconfident sgt kan so ckp jgn pendek sangat tau... Soon potong lagi laa.. huhuu...



Ok td tu pembuka bicara. Nih budok Kesayangan saya, sepupu saya. hehee.. setiap kali aku balik kampung aku akan culik ini budak dari umi and abah nya kerumah ku. Kalo idok rase sunyi jak rumah ku tanpanya... Oww mlm td saya rindu die saya tgk pic2 ni twus mcm nak tlis kat blog, haha... nak share kegedikkan kan die. kahkah... Aku tak pasti dia ikut perangai sape tah... haaaih...


Ni tabiat aku. masuk keta pasti nak gedik amik pic sndiri. kehkeh... Memula die tgk jak.. Tengok la pandangan die tu bagai berkata "iskk ape kebenda akk sepupu aku buat tu, igt ko cantek??" and mase ni panas so aku cam bese la akan pkai sun glasses.tak lama pahtu die dah curik selepas beberapa kali mencabut nya dari muke ku.. Alohh somelkan die??


Dah tu sekejap-sekejap bukak-cabut-bukak-cabut jadi macam tu plak die pakai. Tak lama die jolok kat mata aku pulak. Sepoloh kali die nak pakai kan aku 2 kali jek dalam keadaan betul yang lain smua tebalik mcm die pakai ni. Tu pic sebelah dah penat la tu.. cehh tgk atas pala sangkut kat dahi tu sih... Tu tgk sape la tu pandai buat cam tu. hamboiiiii....


nahh ni bagi akk die try plak selepas aku tengking bagi akk laa pulak bergaya asek Syira jek. Syira nama die. Tu dah majuk pandang sana plak. Sekejap jek majuk pahtu rampas balik pahtu ayat die "kak amik mba" hamboiii kau nak jugak amik gmba... hahaha...


nih hari soknya. masuk2 keta diam jakk x kaco aku. Tak lama pahtu sorry sun glasses ni haku punye dlm hati die. xbyk ckp twus pkai. Yang kelakar lama plak die pakai x bukak2. alahaaiii syira2 gerammmm... Pic ke tiga dengki la tu tgk aku snap pic. hoho~~~~


Ni pic raya die, kat umah die. Pagi raya baru aku hantar kat umi and abah die.. tu pun dah petang. bahaha.... Kuang ajo tak aku. kuikuikui..... Sampai-sampai twus suwuh pakai baju raya. Tu tudung nya jugak. Tak lama pahtu aku plak rimas tengok tudung die aku cabut je la senang.. kakaka... Mase ni pandai pulak time aku nak snap die cakap "satu, wa, iga..." iga die dh senyum dah. haha..


Pic kami bersama *peace yawww*


Ok ni akak-akak sepupu die plak pose. Baju biru tu adek aku. ngeh!!!

sekian ;)

Oww sebenarnya Syira ni umo die dah 6 tahun ualls. Mesti xcaya kan?? Mase die lahir sebenarnya kembar dan tak cukup bulan. Kembar die meninggal dalam perut. So pertumbuhan die sangat lambat. N aku rapat ngan die sbb mak aku yang jaga die lepas umo setahun sebab umi and abah die tak pandai jaga anak. Kurus kering jak die mase baru amik, lepas mak aku amik terus demok berisi sikit. Jalan pun lambat tapi alhamdulillah la dh boleh jalan. Now baru pandai cakap tu pun pelat lagi. Now yang paling merisaukan aku ialah dia tak pandai cakap nak berak or kencing lagi means masih pakai pampers.

Mak aku pulang kat parents die sebab die dah nak kena sekolah. Dah jaga kau anak kau sendiri mak aku dah senang hati nak pulang balik sebab dah boleh jalan semua n dah pandai mintak kalo nak makan. Mak aku pun tak larat dah nak jaga. hehee...

Ayah aku pun suke jek Syira ade. Tapi skang mak aku jek banyak babel2 kalo amik die sebab die malas nak basuh berak die. hahaha... Yelaa taik die bukan mcam taik baby lagi kalo dah umo 6thn kan kan. Bau die xhengaatttt... haha.. So kalo aku amik aku la yang kena basuh berak die semua. Alehhh... mak aku tu cakap jek cam tu tapi bile time Syira berak die kat bilik air kena jugak.. kihkihkih....

Tido pun mak aku tak nak tido ngan Syira dah. So aku la yang kena tido ngan die. Ko mandai amik die kan ko jaga sendiri.. mak kate. huhh!!! Dah la die tdo masyallah keliling katil die singgah. Pnah sekali tu aku tersedar die ade btul-btul dah hujung katil, mak aihh kalo jatuh kesian nya. hahaha... lasak gile tdo.

Ari tu balik cuti perkembangan terbaru die yang buat aku suke sangat. heheee... Die panggil suwuh amikkan mukadam. Tapi die xcakap dia tunjuk jek.. hehehe... Pahtu die bace ngan gaya pelat die.. tapi bukan bace alif ba ta. Dia bace ape ekk aku dh xingat tapi cara die nyanyi tu aku dpt tangkap la.. huhuu.. Yang penting die bace lailahaillallah xpelat hokey. Bace la die x berhenti2 lagi kalo aku pun join baca gak die suke r lagi la sambung2 sampai aku pun penat... Yang kelakar dia ajuk aku sujud time semayang. allahuakhbar smbil sujud dua tiga kali.. haha gelak2 aku tgk tapi dalam hati bangga. Sengaja aku semayang tutp pintu bagi die tengok.. yeahh banyak dah perkembangan die.

Harap sangat die bley berak n kencing dengan sendirinya lepas ni. Lepas tu dah senang dah rasa hati... huhuu.... Harap2 gak die makin fasih bercakap laju2 mcam aku. hehee.... Semoga tuhan permudahkan hidupnya. amin~~~

i love u Nur Insyira.