Wednesday, October 12, 2011

Ragbi

Hey2 semua,

Tetiba plak aku wat tajuk ragbi ni dah kenapa??? hehee.... dah terkenan abg2 taff ape.. erkkk.... haha.... .

Tak de laa, aku saje terpanggil nak kaji permainan ni, Aku tau dah lama dah sukan ni since sekola lagi duk beria kamate-kamate nyanyi pasukan sorak tapi aku tak paham undang-undang dan cara permainan diorang. Yang aku nampak diorg lari laju-laju pelok bola ketat-ketat tak bagi orang lain amik sampai ujung garisan twus letak bola cepat-cepat. motif kann???? Sayang gile die kat bola bujur tu. hahaahha.... Pahtu time sipak bola kat goal tu, die nak kena kat tiang ke, lepas tiang ke bawak tiang ke.... gua tak paham la der....

Selama ni aku dok tengok bodo jerk... So ari ni aku free aku search internet. haha.. memang ko tak de keja kan weda??? a'a so wat??? suka hati aku... Lepas ni baru paham kalo tengok ragbi ni idok sebok cuci mata tengok abang2 taf maen jek, kalah menang tak paham... iskk tak molek cam tu kannn.. ngeh!!!

Pastu aku jumpe nihh.. jom bace sesma sape yang tak tau gak tu... hehehe.... *senyum*

Untuk bermain ragbi, setiap pasukan perlu mempunyai seramai 15 orang pemain. Tetapi untuk masa sekarang, permainan ragbi 7 dan 10 sebelah semakin meningkat popular. Terdapat dua kumpulan pemain. Kumpulan pertama dipanggil "forwards" yang terdiri daripada lapan pemain. Kumpulan kedua pula dipanggil "queus" yang terdiri daripada tujuh orang pemain.

Pasukan ragbi mempunyai seramai 15 orang pemain. Pemain akan mencuba mendapatkan bola bentuk bujur dan cuba melepasi garisan gol lawan yang dipanggil "the try-line". Jika anda berjaya membawa bola melepasi garisan gol lawan dan menyentuh bola ditanah, anda berjaya mencuba dan memungut 5 mata. Selepas pasukan berjaya mencuba, anda diberi pula "conversion". Seorang pemain yang diberi gelaran "fly half" adalah mahir menendang dalam pasukan itu dan akan menendang bola dan melepasi palang gol.

Ok nampak tak kat situ??? Diorang kena bawak bola tu melepasi gol lawan pastu laju-laju touch bola kat garisan lawan tuh.. dapat la markah kat situ. Huhh gila senang.. hahahaha.... Tapi tengok diorang main gila ganas ye dokk, boleh mati patah riuk kena hempap. haha.. Sebab tu kite tengok orang-orang yang main semua badan dijamin hebat kalo tak usah la wehh... kalo aku ade anak nanti pikir 10 kali nak bagi die men bendalah ni. hehe ke situ pulakk... kahhh!!

Pahtu yang sipak bola tu ghupenya kena lepas palang gol. korang penah nampak tak tiang gol dia memang burokk jap aku cari... Hahh nih dio...

Kena lepas palang yang tengah tu kowt. Kalo football kan kena sipak masuk gol ni kena lepas palang gol. Tiang dua telebey tu mayb senang nak nampak bola tu melepasi palang and tak lebeh dari kawasan gol. Gitu gamak nya hoiii... Before ni aku pikir kena sipak lagi tinggi, lagi tinggi markah nya. hehee....

Keganasan permainan ragbi :-


Gile ar... Bile tengok gamba-gamba ni aku dapat tau seorang pemain ragbi ni adalah seorang penyelamat yang sangat bagus untuk didampingi. ahah!! Confrm korang akan rasa selamat gile sebab ko tengok la dia punye la jaga bola bujur tu macam jaga hape okeh... Sanggup bermatian sehingga ke garisan.. uiskkk dasyatt!!! So cam tu jugak la die akan jaga orang yang dia sayang. phewww!!!

Yeahh dah tau so tnggu pe lagi jommm tengok ragbi... hehe.. *tawa enjut2 bahu* kahhh!!!

No comments:

Post a Comment