Wednesday, March 28, 2012

Yuhuuuu!!!

heyyyyy ni blog sape ni????? Sampai aku segan sendiri nak type2 kat cni... hoomakkaiii...

banyaknya story ketinggalan wahai si blog. rugi sangat banyak ko aku tak share ngan ko. sian ko sepi n sendiri.. kehkeh...

maafkan aku, ok jomm kite start balik, dh hampir 3 bln kite putus now kite declare balik k,

ehhh gila, ok bye... to be continue soon..... :)

Sunday, January 1, 2012

happy new year!!

Mari kite mula kan tahun 2012 dengan Bismilairahmanirahim...

I'm proud of my heart. It's been played, burned and broken but alhamdulillah its still works. Rasenya xde la nak berazam2 sangat just apa yang datang itulah kebahagian dan dugaan yang nak tak nak kena tempuh gak.

1/1/2012
Im doing nothing. No celebrating no party.. Duk umh sambil bervideo call with some1 yg tau2 dah kul 4. kehkeh!!! Satu perubahan yang agak baik mayb sbb kalo idok ape ade reti aku duk umh time2 cm nih. Confrm ntah mana2 aku g.. ekekekeke...

Tu je la post utk thn baru... Untuk semua Selamat Menyambut Tahun Baru. Semoga ape yang dihajati insyallah akan diperoleh. Semoga sama2 lah kite jd insan dan makhluk allah yang terbaik. amin amin....



Hey 2012,

I'm ready, bring it on dude.. :)

Wednesday, December 21, 2011

lampu

hallo thursday;

Mlm tadi boley plak tido dalam terang. Salah satu aktiviti kegemaran aku sebelum tido is bace novel or ape2 magazine la.. Dah agak lama jugak aku tak melakukan aktiviti ini sbb aku dh terlupe mna aku letak lampu tido side katil ku mase pindah baru nih.

kalo di ikutkan bilik ku dulu ade 3 lampu. satu lampu diats syiling, satu di meja belajar yang skang aku dh letak mesin jait ku, hehee... and lampu side tepi katil ku... So esok-esok tepaksa la menguis nguis stor cri balik lampu tidurku sbb mud reading dah kembali. Kalo tidak akan jadi kes malam tadi, tido dalam keadaan terang sebab kemalasan nak bangun tutop lampu. hehee....

kat mana la agaknya die sembunyikkkkk!!! hurmmmm.....

Monday, December 12, 2011

Mine no. 3..

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Sunday, December 11, 2011

Heels...

Mud beautifulnara...

Ok, mud aku berselipar jepun mcm dah jemu bertandang. Mud telah kembali bertonggek2 menyusun langkah bajet hots dh kembali. kahh!!!

Tak tau nape semnjak dua menjak mud nak menjaga penampilan dah kembali siket, Baru siket and baru nak mula... Aku rase dah sethn aku pegi memana pun pkai selipar.. kihkih... Sampai pegi keja pun aku pedulik hape aku pkai selipar jek... haha.... Setahun setengah gak la heels and wedges aku peruk dlm rak kasut or kotak.

Bile mud aku nak berfeeling tinggi nih kembali, smua heel2 aku dah nazak hokey. Rupa memang sangat cantek lagi tetapi try jalan satu mall, xyah satu mall satu Giant dh cukup.. tapak tanggal la pulak, bahavisss betui... Dah 2 wedges aku rapuh mintak msuk tong sampah..

Satu tetanggal masa pegi wedding, tengah jalan sopan santun tali die leh tetanggal.. lahabau betui. Kebetulan aku smpi saing2 rombongan pemantin laki time tu gak die wat hal, xke bahaviss... dh la time tu wedges aku wana kuning menyala... kihkih... pulak naik keta member, kaki plak x sma size.. Memang aku pkai selipar die yg bsar siket.. pehhh... Mmg saje kann bagi mud aku down..

Nih malam td, aku pegi cari adiah kekwn kawen. Poi Giant damansara sana... Amboii konon cun la tu pakai wedges putih, ngam2 aku nak byar aku dh rasa x best plak langkah kaki ku.. demmm tapak nak tetanggal plak... Naseb baik ok, naseb baik sempat sampai ke kereta.. kalo tidak kaki hayam la aku.. miahahaha... dan bernaseb baik naik keta aku n ade heel spare wana orange di dlm kereta tu pun sbb last 2 weeks pkai heel tu. kalo x aku rase mlm td aku lepak starbuck pkai sportshoes.. kakakakaka....

Pehh... adakah dengan ini aku kena buang smua2 heels and wedges aku dan beli yang baru??? apakah??? dh sethn stgh gak aku puasa beli bnda alah ni smua.. last raya ritu je la beli satu heels... Aku x confident dh nak pakai2 heel heel yg sedia ade nih.. Nmpk maseh cantek dan kukuh di luaran tetapi dh lumpuh sbb peruk lelama sgtt.. heyyyy.. dh la byk sgt event pahni kena santek2... cm ne cm ne???? haaaih kembali hobi lama balik soping heels, owwhh man... membazir ke dok ekkk....

tp aku ade berkenan satu kasut ni tapiiii x jumpe pun... kena la rajen2 window2 pahni.... huhuu...



Ombak Rindu

Salam redha itu ikhlas, pasrah itu meyerah ualls,

Tak payah citer byk, komen aku pasal citer nih adalah.....

1. Lagu mantop... lirik2 die sangat menyentuh hatiku dan air mata ku...

2. Jalan citer hokey, tak de meleweh2...

3. Pelakon-pelakonnya hebat kecuali Lisa Suriani... Lisa xckup mantop melakonkan watak tu, die tidak cukup hots pada aku. Please la weiii aku xnmpk best mna kat Lisa tu, badan sekeping xde shape, cakap pelat, harap muke jek agak cun tapi xckup pakej sgt utk pegang watak tu. Huuhu... Cube bagi Fazura aku, nahhh... confrm tiptop... Maya Karin xde masalah bg aku, lakonan die menjadi gak la pada aku... Xsemestinya pempuan kampung muke xde yang panasia ye dokk???

4. Lokasi lakonan tu wuuu sungguh cantek n romantis.

Kesimpulannya not bad.. Leh masuk list antara Citer2 melayu yang agak best... Tapi KL gangster tetap Juara..

Sekian, terima kasey...

Monday, November 28, 2011

Kita nampak.. Tak bermakna kita tahu segala²nya.



Sekadar renungan bersama. Untuk diri sendiri jugak... Terlalu banyak benda dalam dunia ini yang kita nampak tapi tidak bermakna kite tau segala-galanya. Bila bace petikan di bawah ni buat aku sedar betapa di sebalik keburukkan orang yang kita nampak dari luaran itu, sebenarnya kite tidak nampak di sebalik kebaikannya dan disebalik kesengsaraanya.

Semoga tuhan sentiasa membersihkan hati kite dari semua perasaan yang tak baik... Amin...



Ada sorang perempuan.. Umur 15 tahun.. Bawa anaknya yang umur setahun jalan di pasaraya.. Orang kata dia tue perempuan hina.. Tak suci.. Tak malu.. Tapi takda orang taw.. Dia dirogol masa dia umur 13 tahun.. Ada sorang lelaki.. Dia sangat-sangat gemuk.. Orang kata dia tu tak tahu nak jaga diri.. Tapi takda orang tahu.. Dia ada penyakit.. Makan tak makan.. Tiap-tiap hari berat badan naik.. Ada sorang orang tua.. Mata dia buta.. Telinganya takda.. Orang kata dia tu hodoh.. Sangat-sangat hodoh.. Tapi takda orang tahu.. Dia tu askar.. Hilang mata dan telinga waktu mempertahankan negaranya.. Banyak benda dalam dunia ni.. Kita nampak.. Tak bermakna kita tahu segala²nya.