Thursday, July 21, 2011

Broga Hill

Selamat pagi;

Sebelom nak posa ni berlumba2 nak buat aktiviti yang tidak boleh di buat time bolan posa. Ahad ni kami plan nak mendaki broga hill.

Before ni aku dah penah pegi pun Broga ni kat entry nih.

Kali ni nak pegi lagi skali dengan kekawan opisku pulak. Last week aku terlepas nak join Kelab Khazanah mendaki Gunung Stong. Pehhh rasa rugi pun ada tapi nak wat cam no xde rezeki nak g sna. So lepas kan gian kat Broga je la.

Sepagi dapat email dari kawan opis ku perancangan schedule kami untuk ke sana. Ewahhh korang memang besh siap ade tentatif lagik. hahahaha...

Nama-nama yang di jangka join, (siap bagi nama samaran lagi auwwww....) :

1. Fiona
2. Sally (Sam)
3. Mary (Yati)
4. Sally's aunt
5. Susan (Aida)
6. Diane (Dayah)
7. Rabecca (Weda)
8. Alice (Aiyun)
9. Kak Norati
10. Kak Zaridah

Tentatif program planning. Ciwahhh macam nak mendaki gunung la pulak ye dokk.. Tapi bagus planing tu penting dalam melakukan apa-apa aktiviti pun. Saya suka double2. Tapi gila awal sehhh.... Tapi tak pe sebab weda akan bertindak mengikut arahan. ngeh!!! tapi selalu ade orang jemput ni kena pegi sendiri dowh.. errrrrrrrrrrrr.... ok weda pls blaja berdikari.. :P

Masa Aktiviti
5.15am Kumpul di MOF
5.25am Gerak ke Semenyih
5.45am Solat Subuh di Masjid Semenyih
6.00am Gerak ke Bukit Broga
6.05am Start hiking
7.00am Sampai puncak Broga
8.30am Turun Broga
9.00am Gerak balik ke Putrajaya
10.00am Program tamat ;

Awal ni kalo start hiking pukul 6. Kena bawak torch light. kalo tak meraba kekawan la jawabnya. Dulu aku pegi start hiking dalam kul 7 tak silap, dah nampak dah bayang-bayang jalan. Memang haku x bawak bendaalah tu. Bawak air sebotol jek n roti. hehehe...

Wahh heaven nya berada di puncak Broga. Angin sepoi2 bahasa. sewjukk... suke sangatt... Harap-harap tak de la hujan turun time tuh. AND paling penting harap-harap tak ramai orang macam dulu aku pegi siap jammed lak.

Yeahh x sabar. Semoga kami selamat dan allah permudah kan segala urusan. amin~~











2 comments: